MISI, VISI DAN OBJEKTIF
Misi
- Meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya mampu berdikari untuk meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi;
- Memperkukuhkan organisasi dan masyarakat desa dengan niali-nilai murni ke arah pembangunan yang seimbang;
- Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti;
- Memberi kefahaman dan menjayakan perkhidmatan yang berkualiti;
- Memberi kefahaman dan manjayakan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan; dan
- Mewujudkan masyarakat berilmu melalui pendidikan sepanjang hayat.
Visi
Nadi Pembangunan dan Perubahan Masyarakat Luar Bandar.
Objektif
- Menjadikan masyarakat luar bandar yang kompeten, berdaya saing dan berdikari;
- Memantapkan perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani serta menguasai kemahiran asas 3M kepada kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun; dan
- Memastikan sistem penyampaian yang berkesan.
Peranan
- Mengubah sikap dan menyemai perasaan di kalangan masyarakat untuk membina satu masyarakat yang maju dan berdikari;
- Memupuk inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik;
- Melibatkan penyertaan masyarakat secara aktif bagi menjayakan matlamat kerajaan dan negara; dan
- Mengeratkan hubungan rakyat dan kerajaan di samping mendapat sokongan rakyat terhadap usaha pembangunan negara
Strategi
- Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam Pembangunan Masyarakat Luar Bandar.
- Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut tuntutan semasa.
- Penglibatan secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain Agensi Kerajaan, Swasta, Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam usaha membangun Masyarakat Luar Bandar.
- Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang program-program pembangunan.
0 comments:
Post a Comment