Friday, 14 March 2014

On 19:23 by Unknown   No comments


PENGENALAN TABIKA KEMAS SERI KANTAN TRONOH

       Tabika Kemas Seri Kantan Tronoh terletak di kawasan Parlimen Batu Gajah, Dun Tronoh. Ianya telah dibuka pada tahun 1990 oleh Allahyarhamah Puan Zaiton Bt Abdul Manaf. Beliau telah mengajar di tabika tersebut selama satu tahun sahaja. Pada tahun 1991, tenaga pengajarnya adalah Allahyarhamah Puan Salmah Bt Kadir. Beliau mengajar dari tahun 1991 sehingga 25 Februari 2008. Mulai 26 Februari 2008 sehinggalah sekarang iaitu tahun 2014, tenaga pengajarnya adalah Puan Mahani Bt Ahmad Serbaini.

     Pada tahun 2008, kanak-kanak yang belajar di tabika ini hanya berjumlah 12 orang sahaja. Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah peningkatan dan penambahan jumlah pelajar dari tahun ke tahun semakin bertambah. Kanak-kanak yang belajar di TABIKA ini belajar mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sama seperti prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran. 

         Syukur Alhamdulillah, kanak-kanak yang belajar di TABIKA ini pernah menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan KEMAS, iaitu Hari Potensi. Kanak-kanak di sini telah beberapa kali mendapat kejayaan contohnya pernah mewakili peringkat Parlimen, Daerah dan Negeri Perak iaitu sebagai kanak-kanak contoh di Muar Johor pada tahun 2011, bermain futsal di Uitm Merbok pada tahun 2013 dan lain-lain lagi.




0 comments:

Post a Comment